July 7, 2010

Selamat Datang ke SEPUTEH CHENTA

Selamat Datang ke Seputeh Chenta. Kami membawakan kepada anda Barangan Kemas Saduran yang cantik dan bermutu tinggi dari ZHULIAN

Nota:Tiada sebarang tawaran untuk multi-level marketing di laman ini.


Barangan Kemas Fesyen ZHULIAN mencapai ketinggian kreativiti dan kecemerlangan rekaan dan pengeluaran barangan kemas berkualiti tinggi yang sememangnya telah terkenal. Dengan rekaan menakjubkan yang membawa hasil kerja, bahan dan rekaan terbaik, kami berbangga kerana berupaya menyatukan kehalusan seni tradisional ke dalam rekaan berteknologi moden, terkini, dengan pembaharuan penuh ketelitian (avant-garde). 


ZHULIAN adalah satu produk yang telah bertapak sejak 1980-an dan mendapat kepercayaan ramai. 


Rangkaian Barangan Kemas Fesyen ciptaan ZHULIAN yang meluas mencerminkan seni pertukangan mahir oleh pereka dan tukang emas kami yang pakar. Setiap barangan yang kami cipta mewakili hasil kerja penuh dedikasi dan kemahiran yang tajam. Pada masa ini, ZHULIAN mengeluarkan lebih 2,000 model berlainan seperti cincin, rantai tangan, rantai leher, kerongsang, loket, subang, gelang tangan, pin tudung, klip tudung dan lain-lain produk eksklusif. 

Para profesional ZHULIAN yang terlatih mempunyai banyak pengalaman dalam mengeluarkan rangkaian produk-produk popular seperti barangan kemas bersadur rodium dan barangan kemas dua ton selain daripada produk utama kami iaitu barangan kemas saduran emas.

KAD JAMINAN SADURAN SEMULA

Adalah penting bagi pelanggan barangan kemas saduran emas SEPUTEH CHENTA untuk mengetahui bahawa barangan kemas yang dibeli disini mempunyai kad jaminan (warranty card) bagi penyaduran semula emas yang suduh lusuh. Jaminan ini adalah buat selama-lamanya melainkan keadaan tertentu yang akan diterangkan.



Setiap pembelian disertakan dengan Kad Jaminan Penyaduran Semula Barangan Kemas. Kad ini memberi jaminan kepada pemiliknya untuk servis penyaduran semula secara percuma, SATU KALI dalam setahun bagi produk yang tertera pada label harga yang dilekatkan pada kad jaminan ini, serta tertakluk kepada keadaan yang bukan disebabkan oleh penggunaan bahan-bahan yang boleh mencalarkan, pengubahsuaian yang disengajakan, kecuaian atau kemalangan.

Servis penyaduran semula LEBIH DARIPADA SATU KALI dalam setahun dan servis / pembaikan produk yang lain akan dikenakan caj bersesuaian. Semua produk yang dihantar untuk sebarang servis, sama ada masih dalam tempoh jaminan atau sebaliknya mesti dikemukakan bersama kad ini sebagai bukti identiti. Biaya pengendalian dan insurans akan dikenakan caj seperti yang dinyatakan di dalam Kad Jaminan.