July 5, 2010

Profil ZHULIAN


Dalam tahun 1989, Pengasas 
ZHULIAN iaitu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ZHULIAN, En. Teoh Beng Seng telah menyahut cabaran dalam merealisasikan wawasan dirinya untuk membangunkan sebuah syarikat jualan langsung 100% milik rakyat tempatan dengan harapan suatu hari nanti ia akan mencipta kisah-kisah kejayaan yang menakjubkan lagi membanggakan.  Dalam tahun yang sama, ZHULIAN MARKETING (M) SDN BHD telah ditubuhkan.  Dari sebuah syarikat jualan langsung kecil yang berpusat di Pulau Pinang, di bawah pimpinan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ZHULIAN, En. Teoh Beng Seng dan Pengarah Urusan Kumpulan ZHULIAN, En Danny M. K. Teoh, kini ZHULIAN MARKETING (M) SDN BHD telah berubah menjadi sebuah syarikat jualan langsung yang terbilang di pasaran jualan langsung rantau ini.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, pelbagai inovasi positif yang telah dilaksanakan demi terus mempertingkatkan daya saingnya dalam pasaran yang semakin mencabar.  Dari hanya memasarkan serangkaian kecil Barangan Kemas Saduran Emas yang terkenal, kini ZHULIAN MARKETING (M) SDN BHD melaksanakan strategi pempelbagaian produk dengan memperkenalkan rangkaian produk lain seperti Penjagaan Rumah, Makanan dan Minuman, Suplemen Kesihatan dan Nutrisi, Penjagaan Diri, Kosmetik, Sistem Rawatan Air dan Udara, serta Produk Peningkat Kualiti Tidur. 

Kini, dengan jaringan operasi meluas yang melebihi 220 buah agensi di rantau Asia Tenggara , ZHULIAN MARKETING (M) SDN BHD telah dikenali sebagai salah sebuah syarikat peneraju dalam industri jualan langsung rantau ini melalui Peluang Perniagaan Keemasan yang dinamik dan berwawasan serta berbekalkan produk yang diyakini ramai dan inovatif.  Aset paling berharga ZHULIAN terletak pada rangkaian Pengedarnya yang berdedikasi dan begitu komited dalam memperjuangkan nilai-nilai keutuhan perniagaan, kebebasan kewangan, pengiktirafan setara, pertumbuhan dan pencapaian peribadi di dalam Syarikat.


Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan ke atas mana-mana peluang perniagaan, produk dan servis, sila hubungi kami untuk mendapatkan maklum balas segera.  Kami sedia memberikan sebarang bantuan yang diperlukan agar anda lebih memahami peluang menakjubkan yang ditawarkan oleh ZHULIAN.
ZHULIAN MARKETING (M) SDN BHD (186058-T) (186058-T) 
Plot 41 & 42 Bayan Lepas Industrial Estate,
 
Phase IV, 11900, Penang, Malaysia.
 
Tel.: (604)-6162020
 
Faks.: (604)-6413020 / 6414020
 
Email:
 info@zhulian.com.my